Sunday, April 22, 2012

PELAJAR PEREMPUAN UPSI MAUT TERJUN BANGUNAN




TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Fatimah Mina Binti Md Juferi. 
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
CGPA 3.57
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.

Update: 

TANJUNG MALIM – Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dipercayai jatuh dari tingkat tingkat 3 bangunan 5 tingkat E-Learning kampus universiti di Universiti ini petang tadi.

Pelajar berusia 22 tahun berasal dari Bakri, Muar, Johor Bharu merupakan penuntut Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dan pencapaian akademik yang baik (CGPA 3.57).

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan. Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.

Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di bahagian belakang bangunan tersebut. Mangsa dilihat menaiki lift untuk ke tingkat berkenaan beberapa minit sebelum kejadian.

Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian itu berlaku akibat cedera parah dibahagian bawah pinggang.

Ketika kejadian mangsa berpakaian berseluar trek dan bertudung.

Mayat dibawa keluar oleh polis kira-kira jam 9:30 malam tadi ke Hospital Slim River untuk bedahsiasat.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar.


- SH

Sumber: namaberita

No comments:

Post a Comment