UM KONVOKESYEN STYLE 2012
Friday, October 19, 2012
Sunday, April 22, 2012
RAHSIA MASAKAN IBU
PELAJAR PEREMPUAN UPSI MAUT TERJUN BANGUNAN
![]() |
| Fatimah Mina Binti Md Juferi. Pendidikan Awal Kanak-Kanak CGPA 3.57 |
Friday, April 20, 2012
"WALL"
Tahukah anda apa makna WALL?
Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?
Saya lanjutkan. .
Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan keduanya sangat erat.
DINDING RATAPAN.
Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka,meluahkan harapan,ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.
Dan tanpa kita sadari, kita lebih banyak mengadu masalah diFB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada shalat dan dzikir kepada ALLAH SWT.
Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya."
Oleh karena itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membagi ilmu dan nasehat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.
Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.
Jika anda belum percaya silahkan buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel ''.
Mari kita renungkan.
'' Sungguh kalian akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kalian
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun niscaya kalian ikut masuk pula kedalamnya. Para sahabat bertanya:'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? " [HR. Imam Bukhari]
Jadi postkanlah kata2 hikmah/nasehat/ayat Al-Quran, Hadits,Ulama terdahulu tentang agama Islam.
Gunakan peluang Yahudi/Nasrani yang akan merusak umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.
Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan dishare keteman yang lain.
Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.
Semoga Allah Ridho....
(disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)
Kalo dirasa Bermanfaat
klik Bagikan Ya Sob..
Insya Allah jika niatan kita baik, hasilnya pun akan baik ^_^
Thursday, November 10, 2011
Negara mungkin rugi RM2.73 bilion akibat jenayah siber
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Negara mungkin menanggung kerugian sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, anggaran kerugian itu melibatkan pelbagai tanggungan kos seperti pelindungan privasi dan keselamatan siber.
Beliau berkata, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan menanggung kerugian berjumlah RM22.3 juta pada tahun 2009 dan jumlah itu meningkat kepada RM62 juta tahun lepas.
Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang ingin tahu tahap kekuatan dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi jenayah siber. - Bernama
SUKAN SEA INDONESIA 2011
JAKARTA 10 Nov. - Kesemua negara yang menyertai Sukan SEA ke-26 di Indonesia akan memulakan pemburuan pingat emas pertama temasya melalui acara kenu yang menawarkan lima emas, esok.
Acara tersebut akan diadakan di Danau Cipule, Jawa Barat, kira-kira 90 kilometer dari ibu kota ini.
Walaupun tidak diberikan harapan untuk meraih emas, namun skuad berkenu Malaysia yang terdiri daripada 10 pendayung termasuk lima wanita akan memulakan pencarian pingat pertama negara dari acara tersebut.
Kesemua 10 pendayung itu ke temasya ini di bawah kategori B di mana segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh persatuan namun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan membayar kembali jika atlet tersebut mendapat sekurang-kurangnya pingat perak.
Atlet kategori A ialah bagi yang layak secara merit dan semua perbelanjaan ditanggung oleh MOM. - Bernama
















